Monday, January 26, 2015

Air Asia - No Fuel Surcharge



26 January 2015 - 1 February 2015
3 August 2015 - 26 March 2016












So ke mana korang nak beli ni? So far ada jumpa tiket balik kampung. Pergi RM249, balik RM317. Very very cheap. Tapi bukan tarikh yang dihajati. Tengah diskas dengan Mimi ^o^

Thursday, January 22, 2015

1 tahun

Genap setahun pemergian abah hari ni. Semoga Allah ampunkan segala dosa, semoga Allah kasihanikan abah dan semoga Allah jauhkan abah dari seksaan kubur & azab api neraka.

Abah sayang, you are loved beyond words & missed beyond measure.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Jalaluddin bin Salim

Wednesday, January 21, 2015

Golden Crown Guesthouse at Tsim Sha Tsui

Golden Crown Guesthouse adalah tempat penginapan kitorang sepanjang berada di Hong Kong selama 5 hari 4 malam. Kitorang (Read: Saya) decided nak stay sini lepas tengok DJ punya entry. Percayalah. Kalau dia kata luas bilik tu, luas lah. Maklumla size lebih kurang. So konon konon kalau DJ muat, kakak kawasan muat juga lah. Nampak tak permainan disini?


Ok kitorang decide nak book Renovated Room with 2 single beds at rate HKD470 per night, Kurang lebih macam RM198 per night untuk 2 orang. (Exchange rate RM42.10 = HKD100).
 
Total kos untuk 2 bilik was HKD3760 tapi dorang mintak HKD1500 in advance as deposit upon booking so korang boleh bayar via paypal within 24 hours. Amaran keras: jangan bayar kalau dah lebih 24 jam. Check balik untuk re-confirm ye. So far kitorang nya booking memang smooth.  

Actually hotel ni located in a public building between Standard Chartered Bank & Citibank. And of course ada berlambak SASA yang jual cosmetic products along the road. Yes berlambak. The hotel was also located near (Read: SANGAT DEKAT) dengan Tsim Sha Tsui MRT Station Exit A2 with escalator provided. No fuss at all. 


Masjid pun ada across the road and in fact kedai makan halal juga ada few kat sini. Shopping mall barang branded or barang tak branded pun banyak dan kalau nak feeling feeling shopping spree or minum kopi, you all boleh consider juga lah. Walk-able lenght around 600m to China Ferry Terminal kalau nak ke Macau & 550m to Avenue of Stars. Memang easy access.

Ok lets check out the room. 


Tadaaaa!! Masuk masuk je otak terus jem. Pehhhhh kecik lagi dari guesthouse kat Hyehwa dulu. Bayangkan masuk je memang terus letak beg. Kiri tu pintu toilet. Between katil takleh berselisih ye. Dan ni pun sama macam kat Hyehwa. You CANNOT allow your luggage open all the time. Consume space tau. Ni room 109 korang still ada space solat kat depan toilet. Kawan duduk 106 kena solat atas katil uols. Boleh imagine tak?? By the way the left bed was mine. 


Ha nampak tak kemalasan ke atau nak jimat space. Hujung kaki dah ada rak letak gelas dan thermos. Diorang tak provide kettle heater tu tapi korang boleh amik hot, warm or cold water kat water dispenser provided luar bilik. Jangan tak tau ais pun ada tau kat water dispenser tu. Luckily juga dekat dengan bilik. Only local channel je provided dan every night ada on air drama korea You're Beautiful tau. Sexited kakjem tau. Sekali dubbing cakap cina. Potong!


Ni toilet. Kalau korang sekecil Elfira Loy, rasa acceptable la. Untuk kami yang berkeluasan 3 hektar ni memang cium dinding sikit la bila buat bisnes. Tapi ntah. Memang tak datangkan masalah langsung. Toilet takde pipe hose tapi shower dia wired shower so boleh la buat pape yang patut.



Tapi satu la nak puji. Walaupun bilik ni berskala kecil, tapi surprisingly TERSANGATLAH bersih. Aunty aunty yang mengemas ni memang tip top lah. Hari hari dia kemas bilik kitorang. Hari hari dapat tukar pillow case semua. Water pressure dia pun fuhhhh! Memang bukan typical hotel punya pressure yang selalunya slow je during peak hour kan.

Sepanjang kat sini kitorang experienced 3 different guy kat receptionist tapi all of them were friendly and helpful. Memang rasa kawan kawan je. Korang boleh beli tiket tiket entrance mana mana yang korang nak pergi at a discounted price too. Kitorang beli untuk Disneyland, Crystal Cabin Cable Car, Tram untuk ke The Peak & Madame Tussauds. Tak ingat berapa to each tiket tapi total ni kami dapat HKD3280 untuk 4 orang dewasa. Cuba kira tengok~

1 je flaw yang kami rasa mencacatkan sikit. Since guesthouse ni located in the public building. So kita share lift ye. Dengan residents or ntah sesapa yang duduk sini juga. Lift dia kocik wei. Kalau kakjem dengan mimi +  2 luggage sudah penuh ye. Hahaha. Ada 2 lift sebenarnya. Yang kiri untuk ke level nombor ganjil & yang kanan untuk level nombor genap. Since kitorang duduk kat level receptionist iaitu level 5, so naik lift kiri ye. Slow pun ye juga lift tu dan residents with children or elderly diberi keutamaan untuk naik. So jangan marah kalau ko dah penat penat beratur sekali ada orang potong queue ko. Marah dalam hati je tau. 

Overall, kitorang tak hesitate nak duduk kat sini lagi kalau ada kesempatan untuk ke Hong Kong lagi. To those yang nak cari penginapan budget dan tak fussy about space tapi still pentingkan kebersihan I strongly recommend this place. I had a good stay with Mimi. Mimi je? Eh??

 



Tuesday, January 20, 2015

Kawan Alam Maya

Formal sangat tajuk entry. Tapi tu lah, kali terakhir jumpa kawan blogger was like few years ago before my Seoul's trip. Ada la few bloggers yang masih kekal jadi kawan kat luar ada jugak yang dah lost contact. Tapi memang semata mata pasal Seoul la kenal dorang ni. Memang blogger tegar lah.

So sabtu lepas Bibie (gigih tak aku tuka nama ko guna pink?) transit kat KL sementara menunggu flight pulang ke kampung halaman pada belah malam. Kebetulan sabtu tu kerja sampai jam 1pm. Ingat jam 1pm je chow la jumpa dorang. Sekali sampai jam 4 masih dorang tengah sibuk sesi gossip dengan suara petir kat Putrajaya. Kalau ku tahu lambat begitu, baik drive pi sana kan? Dapat jugak jumpa orang lain. Well takpala, takdak rejeki. Lain kali korang dapat la jumpa kakak kawasan hehehehe.

So DJ & Bibie decide nak ke Publika. Publika? Nama pernah dengar. Tengok kat instagram nampak hipster sangat tempat tu. Tapi pergi belum pernah lagi. Sesat jugak la sampai sana tapi still boleh kautim lagi. Kebetulan sangat ada event 1600 Pandas World Tour. Queue nak beratur guna professional photographer punya la panjang. So ni je la hasilnya. Ku suruh Bibie kuarkan monopod malu malu.


Ha masa mula mula nak cari diorang berdua ni agak kabut sikit la. Sampai DJ suruh stay satu tempat biar diorang yang datang. Tapi dengan kebijakan kepandaian sikit, dah nampak awek tudung biru dari jauh. Acah acah nak nyorok. Pigidahhh!! By the way ni kali kedua jumpa DJ. Kali pertama pun dah macam dah lama kenal, apatah lagi kali kedua ye tak? Dengan Bibie pun takde cover cover dah. Cuma ofkos la iols masih sesuci lebaran.

Tak ter catch up apa yang diorang borakkan. Nampak sangat diorang blogger tegar. Asal dorang sebut nama yang tak familiar je, laju je jari ni terus google sapakah orang itu. 


Oleh kerana iols yang sesucinya cintamu ni belum lunch, kitorang makan kat Boat Noodles. Matila kena kecam dengan kawan kawan sebab dari haritu duk plan nak pergi tapi masih belum ada masa. Sekali selamba pergi dengan kawan lain HAHA.


Percayalah DJ, kakjem makan banyak sebenarnya. Tapi terpegun tengok Bibie. Tu terus makan sikit je. Mana nak makan, mana nak borak. Masa pun tak cukup. Ishh memang tak rasa langsung macam baru 1st time jumpa. Berbaloi baloi beb drive dari Klang ke area Jalan Duta sana. 

Thanks DJ sebab bagi ole ole. Bukan 1, tapi 3 biskut kakjem poww! Penuh hemah makan tau ^o^





Friday, January 16, 2015

Macau Day 2

Hi korang. Lama sungguh nak ambil mood untuk update trip Macau & Hong Kong kan?? Trip yang berkenan kat hati laju siap berlumba lumba nak buat entry tapi trip yang so-so ni. Liat amat. Mungkin entry kali ni akan banyak gambar dari caption. Heheh. Ok dah jom tengok!


Memulakan hari kedua di Macau dengan misi menjejak Senado Square & Ruins of St Paul's. Berjarak sekangkang kera je dari hotel kitorang. 


Mengikut kepada google map, hanya dengan 350 meter je kami harus bejalan untuk sampai ke sini. Masa ni masih dengan emosi yang stabil. Lalu berjalan disekitar ni.








Tapi entah kenapa bila duk pusing pusing cari Ruins of St Paul's tu tak jumpa jumpa. Ye memang dah print out google map, dah siap ikut signboard dorang tapi ntah. Mata ni tak jumpa jumpa. Teringat si Bibie cakap "Tu la nak pergi visit church memang la tak jumpa" Lawak pun ada. Tapi yang benar time ni agak rasa annoyed gak la. Yang dua tu memang la busy berselfie je. Asal dah bosan selfie, terus tanya "jumpa tak? nak jalan mana?" 

Aigo. Hilang mood terus. Bila dah jumpa memang takdak rasa dah nak strolling around. Lantakla. Poning kepalo den time ni. 


Ntah kenapa building ni yang menarik minat tuan tanah kedaung. Memang ala ala cerita hong kong dulu dulu kan.




Lepas dah lepak lepak sini, terus ke kedai makan yang semalam kami pergi tu untuk breakfast, balik ke hotel untuk check out & terus menuju ke Macau Tower. 

Masa ni ada 1 lagi kejadian berlaku. Driver taxi tu happened to be muda bawak memang dah macam dalam Fast & Furious. Imagine berapa kali macam nak sipi sipi je tersagat kenderaan sebelah. Sampai siap mention "we are not in hurry so" tapi dia tetap tunjukkan skill dia. Masa ni dalam teksi pun ada je rasa nak maki bila duk bising bising. Tapi apakan daya.....

Takpala. Maybe memang depa enjoy. Masuk je kat entrance, kami 3 orang beli tiket untuk observation deck dengan harga HKD135 per person. Meanwhile Ms L memang dah plan nak buat bungy jumping. So dia ambil package sky jumping + photo + HD video untuk harga MOP3,788 lebih kurang RM1600 duit kita. Ye bungy jumping macam Song Ji Hyo & Lee Dong Wook buat masa recording Running Man at Macau dulu. 



Mula mula pun hati nak juga try sky walking. Dulu tengok HaHa macam takut sangat kan. Tapi sky walking je dah RM350. Takpala. Demi keriangan berganda yang lain. Tengok je la. 




Well masa menunggu Ms L punya giliran ada la satu keluarga ni. Bising gila bersorak. Macam baru dapat tawan satu dunia. Tapi yelah, siapalah kami? Tak terjun pun. Kot kalau betul join bungy jumping kitorang sekali join dorang bersorak. Lagi satu tak berkenan, rombongan tu kira ada few families tau. So ada la satu anak perempuan dari family ni tak nak terjun. Even cried begging mak dia cakap takmau. Tau tak mak dia cakap suruh terjun juga sebab semua cousins dia terjun. Apakah? So nak tunggu anak dia redha dengan penerjunan tu je dah makan masa. Pelik kan? RM1600 per person kot. Kan kalau anak tanak, dah boleh save beli handbag ke kan. Kaya sangat la kot?


Finally turn Ms L. Ntahla apa dia fikirkan masa ni. Tuan tanah? TAKKAN kot? 






Nah! 233 meter tinggi. Ms L berjaya without single hesitation. Tapi bila kitorang tengok video tu balik terdengar yang Ms L laung Allahuakbar banyak kali. Dia kata masa tu baru dia terfikir apa dia buat ni?

Naik je balik jumpa kami lepas tu, nangis. Tangan semua sejuk beku. Sampai 2-3 staffs yang bantu dia terjun tu keep asking kenapa dia menangis. Even the manager pun berhenti tanya. Well at least Ms L dah accomplished satu phobia dia kan. Myself? Nak pegang kucing pun takut. Apatah nak bungy jumping. Sorry pencinta kucing. Bukan benci. Tapi memang takut.

Lepas dah jalan jalan dalam Macau Tower, kami ambil teksi ke ferry terminal semula untuk pulang ke Hong Kong.


Masa ni dah pandai sikit. Beli tiket yang timing dia sedang elok je tanpa perlu rushing.


Kos sepanjang berada di Macau

Hotel : RM621 (2 standard room)
Teksi : HKD156.50
Makan : HKD1009.00
Ferry to Macau : HKD680.00
Ferry to Hong Kong : HKD608.00

Subtotal: HKD2453.5 untuk 4 orang

Total untuk 1 pax : HKD613.40 + HKD135 (Observation Deck kat Macau Tower) = HKD748.40 lebih kurang RM315.00 (exchange rate HKD100 = RM42.10) Tapi kalau nak tambah dengan harga hotel sekali dalam RM400+ gak la. Yes kitorang spent too much on taxi. Tapi sebenarnya memudahkan untuk kami yang tak banyak masa.

Oklah, settle bab Macau. Nanti sambung pasal Hong Kong pulak ye!


p/s: I iz jelly ada orang nak balik kampung~~~





Monday, January 05, 2015

2014 - A Year of Highs & Lows

Note: Penggunaan "aku" akan digunakan dalam entry ni.

Malaysia diduga lagi. Belum surut pun masalah banjir yang agak luar biasa disebelah kawasan pantai timur, kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ8501‬ dari Surabaya ke Singapura. Bak kata one of my good friend, "Dari atas langit sampai ke muka bumi Dia pukul habis". In a way, betul juga kan. Dah diduga sebegini rupa pun ada yang masih kat takuk lama. Semoga kita diberi peluang & masa untuk berubah & taat pada perintahNya. Allah kan Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Takziah kepada mangsa mangsa banjir & keluarga penumpang pesawat QZ8501.

Well, 2014 has been pretty harsh untuk aku. Tapi takla kata dunia ni kejam sampai nak berdiri depan laut sambil jerit ombak jahat tu. Belum lagi sampai macam tu dan kalau tengok tengok, confirm ada ramai lagi yang lebih susah daripada aku.

Selamat Tahun Baru untuk semua. Jadikan kesalahan lepas tu pedoman untuk kita berusaha lebih baik lagi dari masa lepas. Berubah ke arah kebaikan, jaga kesihatan, work hard & play hard.

So ke mana destinasi korang tahun ni? hehehehehhe